Thursday 2 October 2014

Nama               : Muhammad Ashraf  b. Damsir                 (08DPI14F1045)
             : Farid Dhamiri b. Mohamad                    (08DPI14F1048)
             : Muhammad Hakim b. Jamaluddin         (08DPI14F1040)
             : Muhammad Firdaus Hakim b. Yusne    (08DPI14F1052)
             : Shaharel Asyraf b. Mohd Rashidan       (08DPI14F1053)

Tajuk               : Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Program           : Diploma Perniagaan Antarabangsa  

Sesi                  : Jun 2014

Jabatan            : Perdagangan


Pensyarah        : Ustaz Shukri Deraman


Zaman Kegemilangan Melaka


Pengenalan

Kesultanan melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain seperti Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang.

Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama hindu-buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa melayu yang dikenali sebagai ‘bahasa melayu kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.

Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal

Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangang antarabangsa. Namun, negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi
Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan presijnya.

Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamaan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang terjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China. 

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka

·         Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa factor, iaitu:
                                                        i.            Faktor semula jadi atau geografi
                                                      ii.            Faktor ekonomi
                                                    iii.            Faktor politik dan pentadbiran
                                                    iv.            Faktor Pendidikan

Faktor ekonomi
·         Ekoran kedudukanya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau  seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
·         Hasilnya, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entreport yang maju dan berjaya.

Faktor politik dan pentadbiran
·         Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.
·         Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibaan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.
·         Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termauklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka mata wang dalam bntuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan hubungan diplomatik. Di samping itu, pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar.



Faktor Pendidikan
·         Peranan istana sebagai pusat ilmu tempat berkumpul golongan cerdik pandai seperti jurutulis, pengarang dan ulama Pusat terjemahan dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi tempat penghasilan undang-undang tempat menyimpan karya buku hasil penulis tempatan dan asing tempat mengadakan perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang Islam..
·         Tempat berkumpul cerdik pandai seperti jurutulis dan pengarang. Tugas pengarang ialah mengarang surat, mengarang sejarah rasmi raja, menggubal perjanjian pelbagai jenis, menjadi guru kepada kesusasteraan anak-anak raja, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana.
·         Karya sastera yang dihasilkan ialah Karya Melayu, Karya sastera Hikayat Hang Tuah, Terjemahan Hikayat Bayan Budiman Nik. Amir Hamzah Nik Iskandar Zulkarnain, Karya sastera saduran Karya undang-undang, Bulan Pecah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut.

·         Islam mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dan tulisan untuk dijadikan seperti bahasa ilmu pengetahuan, bahasa persuratan bahasa untuk menyampaikan dakwah Islamaiah, dan Perkembangan tulisan jawi.  

RUMUSAN

·         Adalah penting untuk memahami dan menghayati tenteang kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melarhirkan kesedaraan tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.

·         Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan dann ketertinggian tamadun adalah faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan nmenduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan penngukuhan negara dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Fenomina ini juga yang menjadikan tamadun Melayu hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

PENGAJARAN/CADANGAN

·         Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.
·         Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.
·         Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
·         Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.

·         Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara.