Thursday 2 October 2014

Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal

Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangang antarabangsa. Namun, negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi
Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan presijnya.

Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamaan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang terjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China. 

No comments:

Post a Comment